CARA CEGAH KEHAMILAN terbaik ~ EJAKULASI LUAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
akak rasalah dah ramai diantara kita yg tahu bagaimana kaedah utk merancang keluarga nie kan .. ekekek masa akk dulu kaedah2 nie akk banyak kali baca .. maklumlahhh , akk operation soo x leh main sedap nak beranak aje kan .. ekeke ayat ! .. yelahh tu yg ummi akak cakap .. beranak2 juga x jaga dalaman macam mana kan .. badan nak pakai lama .. servis kena selalu mantops !! wahahahah .. ayat ummi akk lah nie .. 😉 insyaallahhh kalau luar dlm kita jaga , suami nak cari lain jugak .. x puas hati jugakkk x der arahh lahh kan .. dah takdir namanya tuu sbb kita dah punn usaha .
Sbb tuu bila akk dlm pantang , akk jaga betul2 .. x sentuh ais sehingga menggandung anak kedua dan seterusnya .. sbb apa ?? sbb sejukkk dan x elok sgt utk peranakan kita .. maklumlah org perempuan nie totally different ngan lelaki , urat dia x putus2 punn ekekek .. ok2 .. adehhh kalau omel x mau stop .. yelahh akk memang sayang kalau org perempuan x jaga badan nie .. cantik luar tapi dlm huhuhu suami duk cerita dlm FB .. wow statement nak mati muahahah  !!!
ok2 .. nie bab lain wokeh .. bab merancang keluarga .. jom akk share kan info nie yg akak ceduk dlm FB .. ada juga kebaikan FB nie .. TQ bila ada yg sudi share kan info2 bernas macam nie .. 😉
Penggunaan kaedah perancangan keluarga tidak betul
Lelaki sebagai suami dan peneraju rumah tangga juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai perancangan keluarga serta kaedah pencegah kehamilan kerana kehamilan yang tidak dirancang boleh menimbulkan tekanan emosi suami isteri.
Kehamilan adalah tanggungjawab kedua-dua pihak, justeru memerlukan kerjasama suami isteri untuk merancang sebaik-baiknya sebelum mengambil keputusan menjadi ibu bapa, terutama apabila belum bersedia, supaya kehadiran anak itu tidak terlalu cepat, terlalu lewat atau sangat rapat.
Kehamilan yang tidak dirancang dan tidak dikehendaki berlaku di seluruh dunia. Peningkatan kehamilan luar nikah bukan saja membimbangkan ibu bapa dan pemimpin masyarakat, tetapi menjadi perhatian pakar perubatan kerana banyak kehamilan begini berakhir dengan pengguguran tidak selamat atau pembuangan bayi.
Malangnya, dalam era teknologi yang membolehkan kita mendapat pelbagai maklumat dengan hanya menggerakkan jari, masih ramai pasangan tidak tahu kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.
Masih ada orang percaya wanita tidak akan mengandung pada kali pertama mengadakan hubungan seks, menjalankan aktiviti seksual ketika haid atau hanya ‘bermain di luar’. Sehingga kini ada 10 hingga 15 jenis kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merancang keluarga ialah:
  • Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar).
  • Halangan (kondom).
  • Pemandulan.
  • Pil perancang (wanita.
  • Alat intrauterin (IUD).
  • Sistem intrauterin (IUS).
  • Implan.
  • Suntikan.
  • Kondom dan pemandulan adalah kaedah yang boleh digunakan pada wanita dan lelaki. Manakala kaedah lain adalah untuk wanita. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.“Pil perancang bukan saja mencegah kehamilan, tetapi turut ada manfaat lain seperti haid lebih ringan, tetap dan kurang senggugut; mengurangkan risiko pembentukan sista ovari, kanser ovari dan uterus; mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari.  “Kondom juga antara cara pencegahan kehamilan yang baik dan murah. Ia juga dapat mengelak masalah jangkitan penyakit seksual,” katanya ketika pelancaran Hari Pencegahan Kehamilan Sedunia pertama yang diadakan serentak di 50 negara, baru-baru ini.
Kaedah terakhir ialah pemandulan yang dilakukan melalui pembedahan. Kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkan kaedah ini kerana ia tidak boleh ‘diundur’. Ini bermakna, individu yang menggunakan cara ini tidak berpeluang lagi mendapat anak.
“Setiap pasangan perlu tahu mereka ada banyak pilihan untuk merancang keluarga. Paling penting, selepas ini tiada lagi orang melakukan pencegahan kehamilan berisiko tinggi dan terlarang seperti menggunakan racun sperma (spermisid) atau pancutan air pada vagina selepas persetubuhan,” katanya.
NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

 

kalau zaman tuk2 akk dulu , mereka x ada makan pil2 nie .. kebanyakan dari mereka mengamalkan “buang luar ” @ ejakulasi luar … haaaaaaa kaedah yg sgt2 berkesan .. sampai ada diantara sedara2 mak bertanyakan macam mana mak boleh jarakkan kehamilan .. sbb dulu pil2 nie kira mahal kalau di hsp 😉 akk amalkan cara nie masa kecikkan sabriena dan zahrien .. cuma zahrien akk mula makan ubat masa dia 2 tahun .. sblm2 tuu akk amalkan cara ini .. …;))