DOMAIN USER EXPIRED ! huhuh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Salam Sayang penuh kerinduan di Ramadhan Al Mubarak Maaf sangat2 kepada yg masih setia komen di ruang legar akk
huhuh susah nak cerita bagaimana FREE nya waktu sekarang ekekke

bila kerja sendiri baru tahu sebenarnya bukanlah semudah yg dikata , kebanyakan waktu terluang dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti utk komuniti dan ahli keluarga , kebetulan baru balik dari Bangkok untuk acara training yg luar biasa untuk pemimpin .. syukur diberikan peluang tu

Apa sahaja yg terlintas difikiran kebanyakan sekarang hanya kepada manfaat komuniti setempat dan ahli keluarga , memang terasa terisi dengan penuh perkara POSITIF berbanding dulu 😉

Ini kebetulan domain user beritahu mengenai tarikh pembayaran untuk reniew .com , terus buat bayaran dan update ! baca komen2 kawan2 terasa terharu sangat , alhamdulillah masih ada pembaca setia blog ini walau pun dah macam rumah hantu kata DANA ekekke .. ye dik 😉

Insyaallah , rindu kepada dunia blog x perlu dibayangkan lagi namun , apa yg boleh dikatakan sekarang akk memang tak dapat lagi nak berblog macam biasa .. bukan kerana tiada minat , tapi masa yg ada betul2 dipenuhi dengan aktiviti HERBALIFE dan bersama keluarga .. alhamdulillah anak2 semakin besar dan memahami keadaan ibunya ..

kalau nak kata sibuk dengan urusan kerja , dengan misi nutrisi ini lebih banyak berkisar kepada kehidupan , perbaiki diri untuk jadi lebih baik dan kekosongan dulu lebih terisi dengan perkara yg lebih bermakna dan berfaedah , syukur alhamdulillah kerana dipertemukan dengan keluarga besar nutrisi ini …

Buat semua rakan – rakan , adik – adik , kakak – kakak yg seia menemani BLOG KESAYANGAN akk nie , blog ini akan tetap ada dan TAK MUNGKIN dilupuskan kerana dengan blog inilah bermulanya dunia penulisan online akk …

akhir kata salam KASIH SAYANG PENUH KERINDUAN semoga RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BERMAKNA BUAT ANDA SEMUA , SEMOGA ANDA SEMUA DIBERIKAN KESIHATAN DAN KEBAHAGIAN YG LEBIH BAIK DAN BARAQAH DUNIA DAN AKHIRAT 

AMEEENNNNNNNNNNNNNN
MUAH MUAH MUAH 😉

CARA CEGAH KEHAMILAN terbaik ~ EJAKULASI LUAR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
akak rasalah dah ramai diantara kita yg tahu bagaimana kaedah utk merancang keluarga nie kan .. ekekek masa akk dulu kaedah2 nie akk banyak kali baca .. maklumlahhh , akk operation soo x leh main sedap nak beranak aje kan .. ekeke ayat ! .. yelahh tu yg ummi akak cakap .. beranak2 juga x jaga dalaman macam mana kan .. badan nak pakai lama .. servis kena selalu mantops !! wahahahah .. ayat ummi akk lah nie .. 😉 insyaallahhh kalau luar dlm kita jaga , suami nak cari lain jugak .. x puas hati jugakkk x der arahh lahh kan .. dah takdir namanya tuu sbb kita dah punn usaha .
Sbb tuu bila akk dlm pantang , akk jaga betul2 .. x sentuh ais sehingga menggandung anak kedua dan seterusnya .. sbb apa ?? sbb sejukkk dan x elok sgt utk peranakan kita .. maklumlah org perempuan nie totally different ngan lelaki , urat dia x putus2 punn ekekek .. ok2 .. adehhh kalau omel x mau stop .. yelahh akk memang sayang kalau org perempuan x jaga badan nie .. cantik luar tapi dlm huhuhu suami duk cerita dlm FB .. wow statement nak mati muahahah  !!!
ok2 .. nie bab lain wokeh .. bab merancang keluarga .. jom akk share kan info nie yg akak ceduk dlm FB .. ada juga kebaikan FB nie .. TQ bila ada yg sudi share kan info2 bernas macam nie .. 😉
Penggunaan kaedah perancangan keluarga tidak betul
Lelaki sebagai suami dan peneraju rumah tangga juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai perancangan keluarga serta kaedah pencegah kehamilan kerana kehamilan yang tidak dirancang boleh menimbulkan tekanan emosi suami isteri.
Kehamilan adalah tanggungjawab kedua-dua pihak, justeru memerlukan kerjasama suami isteri untuk merancang sebaik-baiknya sebelum mengambil keputusan menjadi ibu bapa, terutama apabila belum bersedia, supaya kehadiran anak itu tidak terlalu cepat, terlalu lewat atau sangat rapat.
Kehamilan yang tidak dirancang dan tidak dikehendaki berlaku di seluruh dunia. Peningkatan kehamilan luar nikah bukan saja membimbangkan ibu bapa dan pemimpin masyarakat, tetapi menjadi perhatian pakar perubatan kerana banyak kehamilan begini berakhir dengan pengguguran tidak selamat atau pembuangan bayi.
Malangnya, dalam era teknologi yang membolehkan kita mendapat pelbagai maklumat dengan hanya menggerakkan jari, masih ramai pasangan tidak tahu kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.
Masih ada orang percaya wanita tidak akan mengandung pada kali pertama mengadakan hubungan seks, menjalankan aktiviti seksual ketika haid atau hanya ‘bermain di luar’. Sehingga kini ada 10 hingga 15 jenis kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merancang keluarga ialah:
  • Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar).
  • Halangan (kondom).
  • Pemandulan.
  • Pil perancang (wanita.
  • Alat intrauterin (IUD).
  • Sistem intrauterin (IUS).
  • Implan.
  • Suntikan.
  • Kondom dan pemandulan adalah kaedah yang boleh digunakan pada wanita dan lelaki. Manakala kaedah lain adalah untuk wanita. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.“Pil perancang bukan saja mencegah kehamilan, tetapi turut ada manfaat lain seperti haid lebih ringan, tetap dan kurang senggugut; mengurangkan risiko pembentukan sista ovari, kanser ovari dan uterus; mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari.  “Kondom juga antara cara pencegahan kehamilan yang baik dan murah. Ia juga dapat mengelak masalah jangkitan penyakit seksual,” katanya ketika pelancaran Hari Pencegahan Kehamilan Sedunia pertama yang diadakan serentak di 50 negara, baru-baru ini.
Kaedah terakhir ialah pemandulan yang dilakukan melalui pembedahan. Kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkan kaedah ini kerana ia tidak boleh ‘diundur’. Ini bermakna, individu yang menggunakan cara ini tidak berpeluang lagi mendapat anak.
“Setiap pasangan perlu tahu mereka ada banyak pilihan untuk merancang keluarga. Paling penting, selepas ini tiada lagi orang melakukan pencegahan kehamilan berisiko tinggi dan terlarang seperti menggunakan racun sperma (spermisid) atau pancutan air pada vagina selepas persetubuhan,” katanya.
NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

 

kalau zaman tuk2 akk dulu , mereka x ada makan pil2 nie .. kebanyakan dari mereka mengamalkan “buang luar ” @ ejakulasi luar … haaaaaaa kaedah yg sgt2 berkesan .. sampai ada diantara sedara2 mak bertanyakan macam mana mak boleh jarakkan kehamilan .. sbb dulu pil2 nie kira mahal kalau di hsp 😉 akk amalkan cara nie masa kecikkan sabriena dan zahrien .. cuma zahrien akk mula makan ubat masa dia 2 tahun .. sblm2 tuu akk amalkan cara ini .. …;))

Hukum suami gemar HISAP PAYUDARA ISTERI ~ ketika isteri dalam MENYUSU

salam semua
 
haa jgn malu , jgn segan , jom kita baca penjelasan ini .. rasanya ada diantara kita yg tertanya2 kan .. ada kannn ?? ;)) x salah rasanya akk berkongsikan hal ini untuk sama2 kita baca dan ketahui lebih lanjut .. agar kita tidak ragu2 dan sentiasa dpt menjalankan tanggungjawab kita sebagai isteri sebaiknyaaaaaaa .. ehemmm ! .. aminnn ;))
 
Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
JAWAPAN:
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu. Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman. Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.
petikan ; serikasih

 

~ selamat malam semua , semoga anda semua mimpi yg indah2 yeee ;)) ~